Kehidupan peribadi Normala Omar

Normala berkahwin dengan pelakon Zulkifli Zain pada 17 Disember 1975 dan dikurniakan lima anak. Anak-anak beliau hasil perkongsian hidup bersama Zulkifli ialah Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.[1]

Zulkifli meninggal dunia pada 5 September 2020. Normala mendedahkan dalam satu temuramah bahawa perkahwinannya bersama Zulkifli tidak direstui keluarga.[2]

Kesihatan

Pada Ramadan 2016, Normala patah kaki kiri akibat terjatuh dari katil menyebabkan beliau tidak dapat bergerak untuk menjaga suaminya.[3]